Friday, May 27, 2011

Aktiviti Sekolah Cuti Pertengahan Tahun 2011

Menjelang cuti pertengahan tahun yang akan bermula pada 28/05/2011, apakah rancangan murid-murid? Para guru mengingati murid-murid agar mengguanakan masa cuti dengan menjalankan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti riadah yang bersesuaian.

Selain itu, pihak sekolah juga telah mengadakan aktiviti Kelas Bimbingan dan Kem JUJ untuk murid Tahun 5 dan Tahun 6 pada tarikh berikut :

Kelas Bimbingan Murid-murid
Tahun 5 dan Tahun 6
06-08/6/2011
8:00a.m. - 5:10p.m.
Kem Jawap Untuk Jaya Murid-murid
Tahun 5 dan Tahun 6
09-10/6/2011
7:30a.m. - 4:00p.m.

Pihak sekolah telah mengundang penceramah yang berpengalaman untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan murid-murid berkenaan tentang teknik menjawab soalan UPSR. Murid-murid yang akan hadir diingatkan supaya memakai pakaian sukan yang kemas dan memakai kasut sukan yang bersih. Makanan murid-murid akan disediakan oleh pihak sekolah. Segala pertanyaan boleh berhubung dengan kami malalui telefon sekolah 093697205.

Guru Besar mengingatkan murid-murid supaya dapat menghadirkan diri ke kelas bimbingan pada musim cuti sekolah ini walaupun pada musim cuti kebiasaannya murid-murid dapat merehatkan diri sekejap dari aktiviti P&P.

0 评论:

Post a Comment

 

✰劳勿积罗华校✰SJK(C) CHEROH RAUB✰ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting