Tuesday, April 26, 2011

Sukan Tahunan

HARI SUKAN 2011 SJKC CHEROH  



Hari Sukan SJKC Cheroh telah berlangsung pada 23hb April 2011 yang lalu. Objektif aktiviti ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat murid dalam bidang sukan, membina daya ketahanan  serta memupuk semangat kesukanan. 

Sebanyak 137 orang murid (Pra-sekolah -Tahun 6 ) telah melibatkan diri dalam hari sukan. Sebanyak 15 acara belapan dan padang termasuk lompat tinggi, lontar pelulu, 100M, 80M, 50M, larian berpagar dan sebagainya dijalankan. Selain itu, 12 buah permainan dan 4 acara terbuka kepada ibu bapa juga dijalankan.


Berikut adalah atur cara hari sukan: 
Atur Cara Hari Sukan
8.15  a.m.
:
Ketibaan dif-dif jemputan dan ibu bapa
8.30  a.m.
:
- Pserta-peserta berbaris di padang
- Acara lintas hormat dan perbarisan
- Nyanyian lagu Negaraku
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan Perasmian Pengerusi PIBG SJKC  Cheroh
- Lafaz Ikrar kejohanan sukan
9.15  p.m.
:
Acara sukan Dimulakan
10.00 a.m.
:
Penyampaian hadiah
10.20 a.m.
:
Rehat / Kudapan
10.40 a.m.
:
Acara Sukan diteruskan
12.30 p.m.
:
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah


Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar Pn.Fan Yoon Tai, beliau  telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dalam setiap acara dan permainan. Woon Kean Yin dari Rumah Merah telah dipilih sebagai Olahragawan tahunan manakala Olahragawati tahunan adalah dianugerahkan kepada Lee Chui Yee dari Rumah Merah.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi PIBG sekolah atas jasa menyempurnakan upacara perasmian dan penutoan, PIBG sekolah menyumbangkan hadiah-hadiah pemenang, kerjasama yang diberi oleh para guru dan murid-murid sepanjang perancangan dan perlaksaan aktiviti sukan. 














P.S. Klik link berikut untuk lihat foto-foto lain aktiviti ini:

0 评论:

Post a Comment

 

✰劳勿积罗华校✰SJK(C) CHEROH RAUB✰ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting