Tuesday, February 22, 2011

Larian Merentras Desa

Projek Merentas Desa 2011
SJKC CHEROH, RAUB.









Larian Merentas Desa telah dijalankan pada 19hb Febuari 2011. Objektif aktiviti ini adalah untuk mengenalpasti dan mencungkil bakat-bakat , membina daya ketahanan  serta memupuk semangat setiakawan antara murid-murid. Sebanyak 137 orang murid (Pra-sekolah -Tahun 6 ) telah menyertai larian ini.

Aktiviti ini bermula pada pukul  7.45 pagi dengan aktiviti memanaskan badan di gelanggang bola keranjang. Larian bermula pada pukul 8.15 pagi. Murid-murid bertolak dari gelanggang bola keranjang sekolah melalui kawasan kediaman dan ladang kelapa sawit. Murid-murid mendapatkan pelekat di check point A, B, C, D dan E, lalu berpatah balik ke sekolah. Jarak larian ini adalah sepanjang  11.5 km.

Pada pukul 10.00 pagi, majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar Pn.Fan Yoon Tai, beliau  telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Para pemenang adalah seperti berikut:
Tahun
Johan
Naib Johan
Tempat ke-3
Pra
Chin Yi Qi
Lim Yu Wang
Chai Yi Cheng
1
Arron
Ellia
Lee Nam Jun
2
Liew Tze Wei
Norjiman
Zhong Ying Yi
3
Ning Ming Feng
Chin Wai Jun
Choo Xue Er
4
Mok Weng Tim
Lai Zhen Yang
Ho Dick Seng
5
Shim Keng Seng
Lim Yih Ling
Chan Zhong Jie
6
Woon Kean Yin
Lee Chui Yee
Lim Kaa Fat

Projek Merentas Desa 2011 telah dijalankan pada tarikh dan masa seperti yang telah ditetapkan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada PIBG sekolah kerana sudi menyumbangkan hadiah-hadiah pemenang, Sukalerawan/wati dari Gereja Cheroh dan Pemilik ladang kelapa sawit yang memberikan keizian kepada pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti di ladang mereka. Projek ini amat berjaya dan dapat mendedahkan murid kepada suatu pengalaman baru dalam bidang sukan.

P.S. Klik link berikut untuk lihat foto-foto lain aktiviti ini:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150107775977618.289816.820727617 

0 评论:

Post a Comment

 

✰劳勿积罗华校✰SJK(C) CHEROH RAUB✰ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting